Orang Islam di Malaysia terutamanya Orang Melayu tidak menunjukkan nilai Islam yang sebenar dan lebih suka bersifat perkauman . Kita harus sedar bahawa Islam mengajar kita supaya kita lebih mengutamakan dakwah Islam dan bukannya kaum.
Tuesday, June 1, 2010
Tanggapan Orang Bukan Islam terhadap Agama Islam di Malaysia
Orang bukan Islam cukup pantang kalau ada dikalangan ahli keluarga mereka yang memeluk agama Islam . Jika mereka dapati ada dikalangan ahli keluarga mereka yang bertukat agama dari agama asal kepada agama Islam , mereka akan melenting . Ini kerana apa yang mereka lihat didepan mata mereka adalah keburukan yang dibuat oleh umat Islam . Jika bertukat ke agama Buddha , Hindu , Kristian , Shinto , Bahaii , Toisme , Confucius , Jaina ataupun agama-agama yang lain mereka tidak kisah . Tetapi jika bertukar ke agama Islam , bagi mereka itu adalah satu masalah yang besar . Agama Islam merupakan agama yang terbesar didunia tetapi agama Islamlah yang paling disalah ertikan oleh masyarakat bukan Islam . Di Malaysia, Masyarakat Islam majoritinya adalah berbangsa Melayu . Malangnya , orang Melayu tidak menunjukkan nilai sebenar agama Islam kepada orang bukan Islam yang lain seperti Cina ,India ,Iban,Melanau dan lain-lain kaum lagi . Orang bukan Islam menganggap bahawa "Masuk Islam bererti masuk Melayu" . Saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada mereka jika mereka berpendapat sebegitu kerana Orang Melayu yang beragama Islam tidak menunjukkan apa itu Islam dan lebih suka memperjuangkan bangsa Malayu daripada menjalankan dakwah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sgt setuju....Seorg Muallaf yg memeluk Islam pun perlu sokongan drp Seorg Islam yg asal tapi malangnya menghadapi banyak dugaan sebab ada drp golongan yg dihina dan di pandang rendah oleh mereka....
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ...Betul Syeikh.Saya yg bergerak aktif di masjid pun dapat terasa "bahang" nya ISlam=Melayu, Melayu=Islam.
ReplyDeleteSaya sedang berusaha untuk memperbetulkan tanggapan ini dan berharap umat Islam tanpa mengira kaum bersatu dibawah nama ISLAM .
ReplyDeleteSikap "malay" perlu berubah!
ReplyDeleteMalay no equal to ISLAM.
Islam is universal....only those understanding can feel the TASTE...!Don't be too religion
ReplyDeleteI hate Malay guy ask me why I "masuk islam" because marriage!..they will all sort of negative questions to saudara baru
ReplyDeleteBetul apa yang kamu katakan . Saya sedih dengan sikap orang Melayu terhadap saudara baru dan mereka bukannya dibantu oleh orang Melayu tetapi disisihkan lagi adalah. Sebab itulah saya buat blog ini dengan harapan ia boleh menjadi salah satu platform untuk memperbaiki sikap orang Melayu Islam agar tidak mementingkan bangsa mereka tetapi lebih mementingkan agama ISLAM.
ReplyDeleteSalam.. Taniah sbb dah memulakan penulisan blog. Tak kira apa2 bangsa pun, kita semua tetap hamba Allah swt.. Masuk Melayu cuma salah tanggapan oleh orang Malaysia sendiri..
ReplyDeleteTerima Kasih DarkCat . Betul , kita semua tanpa mengira kaum dan agama adalah hamba Allah S.W.T dan taraf kita adalah sama . Hanya yang membezakan kita adalah ketakwaan kita kepada Tuhan Yang Maha Satu .
ReplyDelete